Friday, 11 May 2012

JURURAWAT KERJAYA MULIA




   Bidang kejururawatan merupakan satu bidang yang tidak asing lagi bagi kita rakyat Malaysia. Bidang ini yang rata – rata di monopoli oleh golongan wanita sejak dahulu lagi telah menarik minat golongan lelaki untuk turut sama berkecimpung di arena perawatan yang sememangnya memerlukan pengorbanan dan keperihatinan yang cukup tinggi.

  Sekiranya kita dapat imbas kembali penubuhan kerjaya kejururawatan sebnarnya bermula sejak tahun 1820 lagi. Secara amnya boleh kita perkatakan bahawa kerjaya kejururawatan mula di asaskan oleh  Pengasas Kejururawatan Moden iaitu Florance Nightingale bermula pada tanggal 12 mei 1820 hingga kematiaannya pada  13 ogos 1910. Ia telah mencipta sejarah kejurrawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852-1854). Beliau telah mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera – tentera yang tercedera dan berada dalam kesakitan pada waktu itu. Bermula dari peperangan itu wanita – wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji di beri latihan dalam bidang kejururawatan. Dari sinilah bermulanya bidang kejururawatan secara formal dan terus berkembang pesat dan di beri pengiktirafan di seluruh dunia.

  Berbalik kepada sejarah penubuhan kejururawatan di Malaysia , ia bermula pada tahun 1800 di mana perkhidmatan pertama bermula di Pulau Pinang dan Singapura oleh anggota dari East India Co.yang kemudiaannya di gantikan oleh Nuns Katholik. Latihan ( sambil berkerja) jururawat pertama di Johor Bharu pada 1938 dan terhenti pada tahun 1942- 1945 di sebabkan oleh peperangan dunia ke dua. Sekolah kejururawatan mula di tubuhkan pada tahun 1946 iaitu di Johor Bharu, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Sistem penjagaan kesihatan mula berkembang di Malaysia pada tahun 1951.

Bidang kejururawatan adalah satu profesion yang menggabungkan antaa seni dan sains yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila – bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluaan serta aktiviti penjagaan diri sendri. Selain itu, profesion kejururawatan juga mempromosikan kesihatan dan membantu pesakit mencapai tahap kesihatan yang lebih baik serta membantu peakit tenat mengekalkan kesejahteraan hingga akhir hayat mereka.

  Bukan mudah untuk menjadi seorang jururawat yang baik. Diantara ciri – ciri jururawat professional ialah:

·         Penyayang

·         Cergas

·         Sopan

·         Penyabar

·         Jujur

·         Prihatin

·         Berupaya berkomunikasi dengan baik

·         Mempunyai sikap yang positif.

·         Sentiasa meningkatkan diri dengan pengtahuan dan kemahiran jagaan perawatan dan perubatan terkini seiring dengan kemajuaan dan perkembangan teknologi perubatan semasa.

·         Sentiasa mematuhi etika kerja bagi mencapai tahap kerja yang cemerlang.

·         Berfikiran kritis, sentiasa kretif, inovatif, dedikasi, komited dalam tugas, mempunyai ciri –ciri kepimpinan serta mempunyai kepakaran tertentu dalam bidang kejururawatan.

·         Berdisiplin , kerja berpasukan dan mematuhi peraturan pada setiap masa.



Terdapat nilai – nilai murni yang telah di terapkan dalam kerjaya kjururawatan melalui konsep 10s

Ø  Senyum

Ø  Salam

Ø  Segera

Ø  Sensatif

Ø  Sopan

Ø  Sentuh

Ø  Segak

Ø  Selia

8 comments:

  1. Sememangnya kerjaya sebagai jururawat adalah satu pekerjaan yang dipandang mulia oleh mata masyarakat kerana bidang kerjayanya amat mencabar minda dimana kita sebagai jururawat perlu menghadapi berbagai dugaan dan melayani karenah pesakit dalam membantu memberi proses rawatan dan jagarawatan yang sebaik mungkin kepada pesakit agar pesakit berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan.

    ReplyDelete
  2. Kerjaya jururawat merupakan satu kerjaya yang mulia dan mempunyai masa depan yang cerah dimasa hadapan kerana ianya mempunyai platform kerjaya yang luas di era masa kini.

    ReplyDelete
  3. Kerjaya jururawat adalah satu bidang yang mulia baik dari perspektif agama dan masyarakat tetapi ini semua bergantung pada individu itu sendiri untuk menerapkan nilai-nilai murni yang sepatutnya sinonim dengan individu yang bergelar jururawat. Masa depan kerjaya ini amat cerah dan mampu berkembang maju sejajar dengan perkembangan dunia yang serba moden dan mencabar.

    ReplyDelete
  4. Kerjaya Jururawat merupakan 'profesion' yang sangat mulia dan boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang untuk menjadi seorang manusia yang lebih cemerlang sejajar dengan kemajuan negara masa kini.

    ReplyDelete
  5. Kerjaya jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran menerusi kemudahan-kemudahan yang seba canggih dan moden yang boleh menjimatkan masa dan beban kerja jururawat.
    SITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya untuk menjadi jururawat yang berkaliber dan profesional,kita haruslah mempunyai nilai- nilai moral yang tinggi dan semangat berpasukan yang jitu.

    ReplyDelete
  7. Kerjaya Jururawat merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia dan boleh menerapkan nilai-nilai murni dalam diri seseorang untuk menjadi seorang manusia yang lebih cemerlang sejajar dengan kemajuan negara masa kini.

    ReplyDelete
  8. Kini peranan Jururawat bukan hanya sebagai orang tengah antara doktor dan pesakit, malahan jururawat turut memberi nasihat, mendidik pesakit dan keluarga mereka berkaitan isu-isu penjagaan kesihatan. Dengan ini, jururawat perlu melangkah kehadapan dan bergerak jauh daripada tugas tradisi hanya menjaga pesakit dan mempelajari ilmu berkaitan penjagaan pesakit sejajar dengan perkembangan penjagaan kesihatan terkini. Oleh yang demikian keperluan teknologi dan inovasi dalam penjagaan kesihatan adalah perlu di negara membangun seperti Malaysia.
    NURUL AINIL AKMAL A134820

    ReplyDelete